Thursday, 31 May 2012

Segmen tambah followers sampai beribu .

Haii hai Assalamualaikum . Kite nak join segmen nie . Tapi takot dah terlambat . Harap boleh join lagi . JOM JOM , klik banner dibawah untuk join :)

- Mula berblogging --> 20/11/2011 .

Okay bye bye . Assalamualaikum :)

Monday, 21 May 2012

DEAR DIARY


Haluu , dear diary :*
weheeee , setelah sekian lama tak menaip kat blog comel nie , rase rindu pulak . muehehe , nie yang TERtaip nie . HEHE , kesian kat blog nih kan , ber"tuan"kan manusia yang tak pandai menaip -____-"

Ocecehh , blog yang bersawang nie aku dah cuci . lantai yang berdebu sudah pun aku mop . ehh ?? apesal masuk sampai ke lantai ? ngek betul . kayy lah , aku tak boleh jenguk kau lama-2 wahai diary comel *tangan kebahu , mata keatas* comel ke ? comel lahh HAHA , penat aku edit :P

Oyeahh , makin lama makin bosan duduk kat rumah sambil goyang kaki setiap saat *setiap saat ?? pegang pensil sambil ketuk2 di kepala . macam tipu je setiap saat tu , OKAYY STOP* baru sedar pensil ade kat tangan aku , bila mase aku menulis ? mcm mne boleh ade pensil , okay misteri yang tak akan dijawab pada jam 1.45 tengah malam nie -___________________-"
nak keje , nak keje , nak kejeee . and nope . mak kate tak boleh , tak boleh , tak boleh . okayy then *masuk bilek , hempas pintu kuat kuat* kesah pulak mak aku -_____-"

" Dialog dintara si emak , si anak serta yang terlibat menjayakan program ini "
aku : mak , eiya nak keje boleh ? *senyum sampai telinga , bukan senang nak pujuk*
mak: tanye abah dulu . *err +.+
aku : abah mesti suruh tanye mak punye . Zzzzzz *buat muka bodoh aku*
mak : tak payah la keje , nanti malas nak belajar . *weheeeeeee , seronoknya dengar jawapan tuh -..- tetibe abah menyampuk . "tak payah laaa . dah call paklang dy cakap jangan bagi keje , nanti dah pegang duit malas nak belajar "
aku : ok *belah masuk bilek , merajuk lah tu

OK TAMAT
dan kesimpulannya aku takkan dapat keje . duduk dalam rumah dan tak keluar-2 . memang sadis :'<
err , sebenarnya aku nak cerita pasal ape eh ? macam mana boleh panjang pulak nie ? grrrr , HANG NAK BACA , BACA LA . TAKMAU BACA TU HANG PUNYA PASAI . AKU TAK PAKSA PUN *loghat utara .

okay lah , aku dah banyak ceramah tak berbayar kat blog comel nie . jom layan video Encik Mimpi . HEHE , bestttttttttttttttttttttttttttttt *angkat dua dua belah ibu jari . jari kaki pon aku angkat . serius best ! haha , byebye dan Assalamualaikum sayang :)

Wednesday, 18 April 2012

Andai


Assalamualaikum .
Haloo , lama tak update . kenapa entah . okayy tadi aku ade terbaca satu entry dari blog orang lain . isinya agak menarik :)
then aku cilok lah , korang baca lah eh ^^

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.


Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda


best kan , okayy tu je lahh . byebye :*